Tentera jangka jambatan kedua ‘Compact Bailey’ di Maran siap dibina (14 Jan)

Tentera jangka jambatan kedua ‘Compact Bailey’ di Maran siap dibina (14 Jan)

KUALA LUMPUR,. Tentera Darat Malaysia (TDM) menjangkakan dapat menyiapkan kerja-kerja pembinaan jambatan jenis Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang hari ini susulan struktur jambatan asal runtuh akibat hakisan arus sungai deras, baru-baru ini.

TDM dalam satu kenyataan memaklumkan jambatan kedua itu dibina bagi menghubungkan semula tiga lokasi terjejas membabitkan Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya.

“Pembinaan jambatan oleh pasukan 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) itu dibuat selepas jambatan pertama siap dipasang di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub.

“Pembinaan jambatan berkenaan bermula semalam dan dijangka siap esok,” menurut kenyataan itu, bahawa seramai 2,600 penduduk di tiga lokasi terjejas akan mendapat manfaat berikutan pembinaan jambatan tersebut.

Terdahulu, Bernama melaporkan penduduk di Kampung Lenchar dan beberapa kawasan sekitar Ulu Dong dekat sini, menarik nafas lega apabila jambatan Compact Bailey 200 siap dibina selepas jambatan menghubungkan kampung itu dengan Pekan Ulu Dong runtuh pada 3 Jan lepas.

Satu-satunya jambatan yang menghubungkan penempatan 500 penduduk di kawasan berkenaan runtuh akibat hakisan tanah berikutan arus deras Sungai Dong sehingga menyebabkan mereka terputus hubungan hampir lima hari, manakala laluan lain yang ada sangat jauh.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This