‘Terima kasih KBS’ – Hari terakhir Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan

‘Terima kasih KBS’ – Hari terakhir Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan

PUTRA JAYA,. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada majlis perpisahannya semalam.

Menerusi laman sosial Twitter, Syed Saddiq berkongsi empat keping foto hari terakhirnya mengemudi KBS sebagai Menteri Belia dan Sukan.

“Terima kasih KBS. Menjadi satu penghormatan dapat berkhidmat untuk anda semua.

“Apabila kita berhadapan dengan situasi yang menuntut kita untuk memilih, ingat, sentiasalah memilih yang boleh mengangkat nilai moral dan integriti kita, bukan kuasa atau kepentingan peribadi,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Turut sama disambut pada majlis perpisahan tersebut adalah bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong.

Selama 22 bulan berkhidmat, mereka berdua dilihat banyak menabur bakti terutamanya dari sudut pengurusan kebajikan atlet negara.
BACA: Pendanaan antara cabaran terbesar sukan negara – Syed Saddiq

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa yang diberikan oleh menteri paling muda di Malaysia itu.

“Its okay YB, awak dah lakukan tugas awak, semoga berjaya untuk hari-hari mendatang,” tulis seorang wargamaya.

“Menteri yang paling banyak di @ di Twitter untuk segala permasalahan negara. Hilang tempat mengadu,” luah seorang wargamaya.

“Awak mungkin bukan yang saya bayangkan tapi awak dah setkan satu garis yang tinggi untuk jadi ahli parlimen dan Menteri Belia dan Sukan paling muda. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk rakyat,” puji seorang wargamaya.

“Okay, YB boleh kembali berkhidmat sebagai ahli parlimen dan berikan 200% untuk rakyat Muar,” komen seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Syed Saddiq mula berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 3 Julai 2018 bagi menggantikan Khairy Jamaluddin.

CATEGORIES
TAGS
Share This