Thomas Cook: Pelancong United Kingdom terkandas di Sepanyol selamat pulang

Thomas Cook: Pelancong United Kingdom terkandas di Sepanyol selamat pulang

LONDON,. Penerbangan pertama membawa pelancong United Kingdom yang terkandas di luar negara susulan pengisytiharan muflis Thomas Cook selamat pulang.

Kelompok pertama penumpang tersebut berlepas dari Mallorca, Sepanyol dan tiba di Lapangan Terbang Birmingham pada Isnin.

Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps berkata pelan penghantaran pulang itu akan berlanjutan sehingga dua minggu.
Menurutnya, setakat ini, proses itu berjalan lancar.

Proses penghantaran pulang yang dijangka menelan belanja lebih £100m (kira-kira RM520 juta) oleh Kementerian Pengangkutan ini merupakan yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Penghantaran pulang itu dilakukan susulan laporan bahawa sekitar 150,000 pelancong negara itu tidak dapat kembali ke tanah air selepas syarikat pengurus pelancongan dan pengembaraan tertua di dunia itu mengisytihar muflis.

Thomas Cook yang diasaskan sejak 178 tahun lalu gagal memperoleh perjanjian ‘penyelamat’ bernilai RM1.04 bilion daripada pelabur swasta bagi mengatasi masalah kewangannya.

CATEGORIES
TAGS
Share This