THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus

THSS: Terapung sambil main piano, Aisha Retno raih markah tertinggi 90.74 peratus

PENYANYI, Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show. Aisha tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang melakukan aksi tergantung sambil bermain piano ketika melakukan persembahannya.

Bukan itu sahaja, Aisha turut menggantungkan dirinya secara terbalik selama satu minit ketika membuat persembahan.

Persembahannya itu telah meraih sorakan hangat daripada peminat dan standing ovation oleh kesemua barisan juri. Aisha Retno raih 90.74 peratus

Dengan tema Luar Limitasi, minggu ini telah menyaksikan Aisha Retno menerusi lagu nyanyian asal, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Getaran Jiwa berjaya mengungguli kesemua enam bintang lain dengan markah 90.74 peratus sekali gus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.

Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy telah meraih undian yang banyak daripada penonton sekali gus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kelapan dan telah membawa pulang RM3,000.

Manakala, tiada penyingkiran peserta diumumkan pada minggu ini kerana semua finalis berjaya mara ke peringkat akhir. Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu kesembilan The Hardest Singing Show;

Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

*Artikel disiarkan di Gempak

CATEGORIES
Share This