Tiada Kes Positif Baharu COVID-19 Di Brunei selama Lapan Hari Berturut-Turut

Brunei,. Berita negeri melaporkan tiada kes jangkitan baharu positif COVID-19 pada Sabtu sekali gus merekodkan lapan hari tanpa kes baharu berturut-turut sejak Jumaat lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, jumlah kumulatif kes kekal 136 kes sejak kes pertama dicatatkan pada 9 Mac lalu.

Pada masa sama, empat pesakit didiscaj pada Sabtu menjadikan jumlah pulih adalah 112.

Sementara itu, dua lagi daripada 11 kes yang dijangkiti semula didiscaj pada Jumaat selepas disahkan negatif COVID-19 namun langkah pencegahan masih dilakukan dan mereka akan dikuarantinkan untuk 14 hari lagi di rumah masing-masing.Ini bermakna hanya tujuh kes masih menjalani saringan dan ujian lanjut.

Ketika ini terdapat 23 kes aktif dan sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kementerian Kesihatan Brunei turut mendedahkan 76 individu kini dikuarantin dan 2,407 sudah melengkapkan tempoh kuarantin mereka.

Manakala 11,089 ujian makmal pengesanan COVID-19 sudah dilakukan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )