Tiga atlet paralimpik angkat berat Sarawak, hadiahkan pingat emas
KUCHING,. Sarawak dihadiahkan kilauan pingat emas piala dunia daripada tiga atlet paralimpiknya pada Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Kecemerlangan itu menerusi Bonnie Bunyau Gustin, 22 tahun merangkul pingat emas kejohanan berkenaan.
Kejayaan Bonnie yang berasal dari Kampung Taee, Serian itu merupakan hadiah kedua buat arena sukan negara selepas kejayaan ratu renang Malaysia, Pandelela Rinong merangkul kejuaraan piala dunia FINA, pada 5 Mei di Jepun.
Kemenangan itu sekali gus, adalah ulangan kejayaan yang pernah diperolehinya dua tahun lalu di kejohanan sama yang berlangsung di Nur-Sultan, Kazakhstan.
Bonnie telah berjaya meraih pingat emas dengan angkatan seberat 226 kilogram dalam kategori lelaki di atas 72 kilogram.
Menerusi angkat berat itu juga beliau turut memperbaiki rekod terbaik peribadinya iaitu 207 kilogram yang dibuat semasa Kejohanan Angkat Berat Para 2019 di Kazakhstan.
Selain Bonnie, dua lagi atlet yang menghadiahkan pingat emas dalam kategori masing-masing, iaitu Bibiana Ahmad dan Nicodemus Manggoi Moses.
Bibiana, 33 tahun turut merangkul pingat emas sekaligus memperbaiki catatan peribadi daripada 70 kilogram kepada 80 kilogram dalam kategori wanita atas 67 kilogram.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) bersama Bibiana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Bangkok baru-baru ini.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah (kanan) bersama Bibiana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Bangkok baru-baru ini.
Bibiana merupakan satu-satunya atlet yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Sementara itu, atlet paralimpik lelaki kategori atas 88 kilogram, Nicodemus, 29 tahun turut merangkul pingat emas dengan angkatan seberat 190 kilogram.
Manakala Sona Agan,31, atlet angkat berat wanita bawah 73 kilogram memecahkan rekod peribadinya dengan mengangkat berat sebanyak 90 kilogram tetapi hanya sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.
Malaysia berada di tangga ketiga kejuaraan tersebut secara keseluruhannya selepas selepas juara Iran (5 Emas dan 1 Perak) dan naib juara Thailand (3 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa).
Bonnie dan barisan atlet lain seramai lapan orang dilatih oleh Jurulatih, Jamil Adam juga akan bersedia untuk mewakili pasukan ke Sukan Para ASEAN Vietnam pada Disember 2021, Sukan Para ASIA di China pada Oktober 2022 dan Sukan Komanwel (England mulai Julai ke Ogos 2022 nanti.
Pasukan atlet paralimpik Sarawak mendapat sokongan kuat daripada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.