Tiga Kes Positif COVID-19 Di Sandakan Dari Kumpulan Telah Dikuarantin

Tiga Kes Positif COVID-19 Di Sandakan Dari Kumpulan Telah Dikuarantin

SANDAKAN,. Tiga kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan di daerah ini pada Rabu adalah dari sekumpulan 75 orang yang balik dari Zamboanga, Filipina pada 28 Julai lalu.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tin berkata, ia sekaligus menjadikan keseluruhan 12 kes positif dalam kumpulan itu.

Bagaimanapun, katanya, warga Sandakan diminta untuk tidak panik kerana kumpulan itu telah dimasukkan ke pusat kuarantin sebaik sahaja tiba di Sandakan.

Tambahnya lagi, kumpulan tersebut tidak pernah bercampur dengan komuniti tempatan.

Dalam pada itu, Wong meminta masyarakat agar terus mengamalkan penjagaan kendiri termasuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal serta

mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.- Utusan Borneo

CATEGORIES
TAGS
Share This