Trump tidak sokong perubahan peraturan debat presiden

Trump tidak sokong perubahan peraturan debat presiden

WASHINGTON,. Presiden Donald Trump pada Khamis berkata beliau mungkin tidak menyokong perubahan peraturan debat presiden untuk baki dua lagi perbahasan, lapor agensi berita Sputnik.

“Mengapa perlu saya benarkan Suruhanjaya Debat mengubah peraturan perbahasan kedua dan ketiga apabila saya menang mudah dulu?” tulis Trump di Twitternya.

“Saya menang besar dalam perdebatan, berdasarkan pungutan suara dan lain-lain. Terima kasih!”

Debat pertama pada Selasa di Cleveland dicemari banyak gangguan. Penganjur berkata mereka mungkin akan mengubah peraturan untuk memberi lebih kuasa kepada moderator mengawal perbahasan.

Berbaki dua lagi debat antara Trump dan calon Demokrat Joe Biden iaitu pada 15 Oktober di Miami dan 22 Oktober di Nashville, manakala satu pusingan untuk calon naib presiden. Naib Presiden Mike Pence dan Senator Kamala Harris dijadual berdebat pada 7 Oktober di Salt Lake City.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This