Tukang urut Ukraine berkumpul, catat rekod baharu

KYIV,. Ratusan tukang urut dari seluruh Ukraine berkumpul bagi mencatatkan rekod baharu mengurut pada masa sama.

Program yang dijalankan oleh pusat latihan mengurut “Ineldea” mengambil masa sehingga satu setengah tahun bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Seramai 752 tukang urut berkumpul pada program tersebut, sekali gus memecah rekod dibuat pada 2012 dengan 641 tukang urut.

Istimewanya, tukang urut yang menyertai program ini hadir secara sukarela dan melakukan pelbagai teknik urutan.

Pelbagai jenis urutan dilakukan, termasuk klasik dan moden, dalam masa sejam.

Salah seorang tukang urut, Kornelia, menyifatkan program ini memberi pendedahan kepada umum tentang teknik mengurut yang berbeza.

“Program sebegini memberi inspirasi kepada kami untuk terus melakukan kerja ini.

“Pelbagai teknik urut yang ada, dan kerana itu kami sertai program ini,” katanya lagi.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )