Tun Juhar sempurnakan sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah

KOTA KINABALU,. Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah di sini, hari ini.

Sambutan diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Majlis dimulakan dengan Juhar memeriksa kawalan hormat utama membabitkan tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Kabota Tawau diketuai Mejar Nik Mohd Azrul Fauzi.

Antara acara pada sambutan itu adalah deklimasi sajak bertajuk Pahlawan yang dibacakan oleh anggota Tentera Darat, Koperal Kartini Alwi.

Sebanyak 34 kontinjen agensi kerajaan dan sekolah menyertai perbarisan pada majlis itu.

Pada majlis itu, isteri Juhar, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni turut menyampaikan sumbangan Yayasan Tun Juhar kepada Allayarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang diterima ibunya Rusunjan Muhamed.

Mejar Mohd Zahir meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika persembahan gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia Dan Bruges ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi Penampang pada 4 September lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )