Undertaker akan kembali jika “ada kecemasan”
NEW YORK,. Legenda WWE The Undertaker mengucapkan terima kasih kepada peminatnya selepas mengumumkan persaraan daripada gusti profesional.
Undertaker, 55, membuat keputusan bersara pada episod terakhir dokumentari dirinya, The Last Ride.
Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway, bagaimanapun tidak mengetepikan kemungkinan akan kembali sekiranya “ada kecemasan” dan bos WWE Vince McMahon mendesaknya.
“Jika kecemasan, pecahkan kaca, dan keluarkan The Undertaker. Saya akan mempertimbangkannya.
“Tetapi buat masa ini dalam karier saya, saya tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke gelanggang,” kata Undertaker. – AGENSI
CATEGORIES A - Featured