UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah

UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah

KOTA KINABALU,. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri itu.

Ewon adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Arthur ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Kenyataan Ewon pada Isnin memaklumkan beliau akan berkunjung ke Parlimen Pensiangan iaitu kawasan diwakili Arthur pada hujung bulan ini manakala Arthur dijangka ke kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian yang diwakili Ewon pada bulan berikutnya.

“Kami berharap dapat menginspirasikan perpaduan dan kesatuan rakyat Sabah supaya lebih memfokus kepada usaha membangunkan rakyat serta wilayah kita, bukannya berpolitik sepanjang masa. Kami berharap fokus ini mendapat sokongan rakyat,” katanya.

UPKO adalah parti komponen Pakatan Harapan manakala PBRS ialah parti komponen Barisan Nasional yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang, mengambil alih tampuk kepimpinan UPKO secara rasmi sebagai Presiden parti semalam manakala Arthur mengambil alih jawatan Presiden PBRS pada 7 Jan lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )