Usaha sama AWC peroleh projek infrastruktur air di Sarawak bernilai RM7.33 Juta

KUALA LUMPUR,. AWC Bhd dan rakan kongsinya memperoleh projek infrastruktur air di Sarawak bernilai RM7.33 juta daripada Real Teamtrade Sdn Bhd.

Pada Julai 2020, anak syarikat AWC, DD Techniche Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Techkem Utilities Sdn Bhd dan Techkem Resources Sdn Bhd untuk melaksanakan dan membiayai peluang berkaitan air secara rasmi di Malaysia dan rantau ASEAN.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan perkhidmatan kejuruteraan itu berkata usaha sama tersebut akan membekalkan serta menjalankan kerja-kerja mekanikal dan elektrik untuk loji rawatan air.

Techkem adalah anak syarikat Techkem Group, antara penyedia penyelesaian rawatan air terkemuka dalam proses dan bahan kimia khusus, terlibat dalam pelbagai projek bagi berbagai-bagai industri.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )