Vaksin COVID-19 di AS akhir tahun ini

WASHINGTON,. Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) memberitahu kongres bahawa vaksin COVID-19 berkemungkinan akan tersedia di negara itu pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Dr Anthony Fauci berkata persoalan mengenai vaksin itu kini adalah bila ia akan tersedia?

Jelasnya, terdapat satu calon vaksin akan menjalani ujian lanjutan pada bulan hadapan juga beberapa calon lain yang sedang bergerak dalam kemajuan vaksin.

Kata Fauci, pihaknya berasa optimis dengan usaha yang telah dijalankan dalam pembangunan vaksin.

“Anda mungkin pernah mendengar bahawa salah satu daripada vaksin itu, terdapat lebih daripada satu, yang bergerak dengan pelbagai kemajuan.

“Salah satu daripadanya akan memasuki kajian fasa tiga pada bulan Julai.

“Ini yang sudah ditunjukkan dalam kajian awal, beberapa tindak balas yang sangat baik dalam model haiwan yang dibangunkan.

“Akan ada yang lain akan menyusul, satu bulan, dua bulan, tiga bulan kemudian.

“Kita akan menjadikannya tersedia kepada warga AS pada akhir tahun ini atau awal 2021,” kata Fauci.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )