Veteran yakin MCA mampu bangkit semula pada PRU15

Veteran yakin MCA mampu bangkit semula pada PRU15

KANGAR,. MCA yakin mampu membuat kebangkitan semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi meraih kembali sokongan rakyat kepada parti berkenaan, kata veteran MCA Perlis Dr Por Choo Chor.

Dengan merujuk kepada pengundi di Perlis, beliau berkata kebanyakan pengundi di sini dilihat mulai sedar bahawa kejatuhan gabungan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lepas adalah disebabkan propaganda dimainkan parti lawan yang menggunakan sentimen tertentu bagi meraih sokongan.

“Namun kini kebanyakan rakyat sudah sedar dan tidak termakan lagi dengan propaganda lapuk dimainkan mereka (parti lawan). Disebabkan itulah saya yakin MCA dan BN akan mampu bangkit semula untuk meraih kemenangan dalam PRU15 nanti,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Bekas Ketua Bahagian MCA Kangar itu berkata pihaknya tetap memegang pendirian bahawa parti berkenaan perlu mengetengahkan calon terdiri daripada anak tempatan bagi meraih sokongan rakyat pada PRU kali ini.

Beliau berkata kepimpinan MCA perlu bekerja lebih keras bagi memberi kefahaman kepada rakyat agar mereka tidak lagi dimainkan dengan sentimen dibawa oleh pihak lawan selepas ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )