Video viral berbalas tembakan bukan berlaku di Selangor – Arjunaidi

Video viral berbalas tembakan bukan berlaku di Selangor – Arjunaidi

SHAH ALAM,. Polis Selangor pada Selasa menafikan sebuah video kejadian rompak dan berbalas tembakan, yang dikatakan berlaku di sebuah klinik di Puchong, dekat sini.

Ketua Polis Selangor menerusi kenyataan di Facebook Polis Selangor memaklumkan bahawa, dakwaan kejadian yang kononnya berlaku di Puchong, Selangor itu adalah tidak benar dan merupakan berita palsu.

“Hasil semakan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Arjunaidi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri, serta mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperolehi dari sumber yang tidak sahih. Perbuatan ini boleh mencetuskan suasana panik serta boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Arjunaidi berkata pihaknya telah mengesan satu video klip berdurasi satu minit 44 saat yang tular di media sosial, memaparkan kejadian tembak menembak melibatkan dua individu yang cuba merompak serta menyamun sebuah klinik, kononnya berlaku di Puchong, dekat sini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )