Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat

AMERIKA SYARIKAT,. Kes pertama koronavirus yang menyerang Asia telah dikesan di Amerika Syarikat.

Seorang lelaki dari Washington dikesan menghidap selesema selepas pulang daripada melancong ke bandar Wuhan, China.

Pesakit berusia 30 tahun itu tiba di Amerika Syarikat pada 15 Januari lalu sebelum lapangan terbang memulakan pemeriksaan pelancong dari Wuhan.

Dia kemudian mendapatkan rawatan doktor selepas mengalami gejala penyakit tersebut setelah mengetahui mengenainya di media sosial.

Pegawai perubatan dalam pada itu mengesahkan lelaki berkenaan didiagnos dengan jangkitan itu dan dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Lelaki tersebut dilapor berada dalam keadaan baik dan stabil dan kini dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Amerika Syarikat merupakan negara kelima yang mempunyai rekod virus tersebut selepas China, Thailand, Jepun dan Korea Selatan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )