Vladimir Putin luluskan tambahan penggal jawatan Presiden

Vladimir Putin luluskan tambahan penggal jawatan Presiden

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang bagi melanjutkan jawatannya kepada dua penggal lagi. Ini akan membolehkan Putin memegang jawatan sehingga 2036.

Usul lanjutan penggal itu dicadangkan Putin tahun lalu dan merupakan sebahagian daripada reformasi perlembagaan Rusia. Penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang itu bulan lalu.

Undang-undang itu akan menetapkan semula had masa presiden, membenarkan Putin bertanding dalam pilihan raya sekali lagi setelah tamat penggal pertama dan kedua yang berakhir pada 2024.
Putin pertama kali dipilih sebagai presiden pada tahun 2000 dan menjalani dua penggal empat tahun berturut-turut.

Sekutunya Dmitry Medvedev menggantikannya pada tahun 2008 dengan dua penggal berturut-turut sebagai presiden. Semasa memegang jawatan, Medvedev menandatangani undang-undang melanjutkan tempoh penggal hingga enam tahun bermula dengan presiden berikutnya.

Putin kemudian kembali ke Kremlin pada tahun 2012 dan memenangi pilihanraya pada tahun 2018.

-Agensi

CATEGORIES
Share This