Vokalis kumpulan pemenang Eurovision negatif dadah – Penganjur

Vokalis kumpulan pemenang Eurovision negatif dadah – Penganjur

DAMIANO David, telah lulus ujian dadah yang dijalankan pada Isnin untuk membersihkan namanya susulan spekulasi dia mengambil kokain ketika final pertandingan tersebut. Tular di laman sosial sebelum ini beberapa video rakaman di belakang pentas yang memperlihatkan vokalis Maneskin yang memenangi Eurovision tahun ini itu seolah-olah sedang mengambil dadah.

“Ujian dadah diambil secara sukarela awal hari ini (Isnin) oleh penyanyi utama kumpulan Måneskin dan didapati hasilnya adalah negatif,” demikian kenyataan European Broadcasting Union (EBU).

“Tidak ada penggunaan bahan terlarang yang berlaku dan kami menganggap isu ini selesai,” kata EBU, sambil menambah mereka telah memeriksa semua rakaman video yang tular. Perancis, yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut, sebelum ini menuntut ketelusan daripada penganjur setelah rakaman itu menjadi viral setelah final Sabtu di Belanda.

Pegawai pertandingan Perancis mendesak tindakan diambil dan penggunaan dadah cukup untuk dijadikan alasan kemenangan itu ditarik balik, namun tidak merancang untuk mencabar keputusan pada final tersebut.

David dalam satu temuramah memaklumkan dia tersinggung dengan spekulasi tersebut, yang menurutnya telah mencemarkan kemenangan pertama Itali dalam Eurovision dalam tempoh 31 tahun.

“Kami khuatir spekulasi yang tidak tepat akan membayangi semangat dan keputusan pertandingan serta memberi kesan negatif kepada kumpulan berkenaan,” kata EBU, sambil menambah mereka menjanjikan pertandingan yang lebih hebat tahun hadapan.

-Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )