Wabak koronavirus baharu, presiden Korea Selatan arah langkah pencegahan ditingkatkan

SEOUL,. Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah penularan koronavirus baharu di Korea Selatan, menurut pejabat presiden pada Rabu.

Beliau juga telah diberikan taklimat mengenai wabak itu yang mula dikesan di Wuhan, China.

Agensi berita Yonhap melaporkan beliau mahu langkah kuarantin dan pencegahan penuh diambil.

Selain itu, beliau turut mahu kajian komprehensif dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wabak itu boleh memberi kesan terhadap ekonomi Korea Selatan, menurut wakil jurucakap pejabat presiden Han Jung-woo.

Awal minggu ini, kes pertama disahkan koronavirus baharu dilaporkan di sini, meletakkan pihak berkuasa kuarantin dalam keadaan berjaga-jaga.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )