Waspada ketika sambut Aidiladha, elak kes COVID-19 terus meningkat

Waspada ketika sambut Aidiladha, elak kes COVID-19 terus meningkat

KUALA LUMPUR,. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihtkan orang ramai agar terus berwaspada apabila menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes harian COVID-19.

Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak selain mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan).

“Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya.

Beliau berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas menyaksikan bilangan kes harian COVID-19 meningkat kepada 3,410 kes pada 12 Mei yang antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti berkumpulan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )