Waspada tawaran luar biasa kedai emas

Waspada tawaran luar biasa kedai emas

ALOR SETAR,. Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka ketika membuat pembelian barangan kemas serta tidak mudah terperdaya dengan promosi kedai-kedai emas terutama jika harga yang ditawarkan di luar daripada kebiasaan.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, walaupun ada undang-undang jelas bagi membanteras penipuan, namun pengguna sendiri perlu bijak melindungi diri mereka daripada urus niaga yang merugikan.

“Apabila hendak membeli emas, pengguna perlu membuat pilihan membeli di tempat yang betul, jangan tertarik dengan harga di luar daripada kebiasaan sebab kemungkinan ada unsur-unsur yang tidak betul di situ.

“Jadi kita nak nasihatkan pengguna yang hendak memiliki emas, terutama secara dalam talian juga kena tengok penjual itu mestilah yang berdaftar dan dipercayai, tetapi saya menasihatkan pengguna untuk bijak membuat penilaian sebelum membuat pembelian,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis sambutan Hari Pengguna Kebangsaan peringkat negeri Kedah 2021 dan kempen pembudayaan norma baharu COVID-19 di pasar-pasar utama yang dirasmikan Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Azman berkata, pihaknya telah menerima lapan aduan daripada pengguna pada tahun ini berkaitan harga emas yang mengelirukan oleh peniaga.

— Beernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )