Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi Qhazanah Sabah

Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi Qhazanah Sabah

KOTA KINABALU,. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan berkata ahli politik Barisan Nasional itu menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini semalam.

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon sebagai Pengerusi Sabah Development Bhd (SDB).

Ketua DAP Sabah itu turut menerima surat pelantikannya berkuat kuasa serta-merta kepada syarikat pelaburan negeri itu.
Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong turut hadir pada majlis itu.

Hajiji berharap mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan negeri dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This