“Zaleha mentor politik saya” – Noh Omar

“Zaleha mentor politik saya” – Noh Omar

KUALA LUMPUR,. “Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail merupakan mentor saya dalam bidang politik,” kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata Allahyarham sentiasa memberikan dorongan serta buah fikiran yang dijadikan panduan oleh beliau untuk menjadi ahli politik berjaya.

“Allahyarham berperwatakan peramah serta lemah lembut dan turut disayangi ramai. Saya juga selalu datang melawat Allahyarham semasa dahulu,” katanya kepada Bernama semasa menziarahi keluarga Allahyarham di sini.

Turut hadir ke kediaman Allahyarham di Taman Perwira, Gombak ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Zaleha ,84, meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, setelah mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi esok untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This