
Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
WASHINGTON,. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) menggunakan ujian poligraf terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem kepada rangkaian televisyen CBS pada Ahad.
Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai penggunaan ujian itu bagi mengesan pembohongan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bilangan pegawai yang terlibat dalam ujian berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Noem mendakwa, dua pegawai jabatan itu membocorkan maklumat sulit mengenai operasi polis yang bakal dijalankan, sekali gus mengancam keselamatan serta nyawa pegawai penguat kuasa.
Kedua-dua individu berkenaan kini berdepan pertuduhan dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Beliau menegaskan, pihaknya akan terus menggunakan ujian poligraf bagi menyiasat kebocoran maklumat dalam jabatan itu.
Pejabat Noem turut menahan dan mengusir pendatang tanpa izin atau mereka yang terlibat dalam kesalahan jenayah.
— BERNAMA