12,434 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam

12,434 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 di seluruh negara terus meningkat untuk dua hari berturut-turut dengan 12,434 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam.

hari sebelumnya negara mencatatkan 11,332 kes.

Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,232,960.

Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu harian dengan 2,967 kes, diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Perak pula merekodkan 971 kes, disusuli Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169).

Tiga negeri pula melaporkan dua digit kes iaitu Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (lima).

Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah sebanyak 64 peratus untuk katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 peratus untuk katil bukan ICU.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This