All England: Zii Jia percaya keyakinannya telah pulih

All England: Zii Jia percaya keyakinannya telah pulih

KUALA LUMPUR,. Pemain badminton perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, percaya bahawa keyakinan dirinya telah pulih pada kejohanan badminton All England 2023.

Walaupun tewas pada peringkat separuh akhir malam tadi, pemain profesional nombor empat dunia itu berkata kejohanan Super 1000 yang berprestij itu, telah menjadi bukti kembalinya prestasinya selepas siri prestasinya yang tidak konsisten sebelum ini.

Juara All England 2021 itu berkata kejohanan itu membantunya untuk mengembalikan kepercayaan pada dirinya sendiri.

“Saya bermula dengan sukar pada awal tahun ini dan saya mula tidak yakin bila berhadapan pemain yang berkedudukan tinggi. Saya ada perasaan ragu-ragu keupayaan saya untuk menjadi pemain terbaik semula.

“Saya rasa saya telah buktikan pada kejohanan ini dan walaupun ia separuh akhir, tetapi saya akan lakukannya setapak demi setapak. Saya percaya kepada peningkatan semakin baik dan baik,” katanya dalam laman sesawang rasmi kejohanan.

Malam tadi, Zii Jia, 24, tewas 19-21, 12-21 kepada pemain dari China Shi Yu Qi, pada perlawanan separuh akhir All England di Arena Utilita di Birmingham.

Pada perlawanan akhir Yu Qi akan berhadapan rakan senegaranya Li Shi Feng, yang menewaskan pemain Denmark’s Anders Antonsen 21-11, 19-21, 21-18, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Zii Jia yang dijadualkan menyertai Terbuka Swiss, akan bertemu Shi Feng pada pusingan pembukaan.

Beliau mengharungi kempen hambar tahun ini, bermula dengan tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan pusingan kedua pada tiga kejohanan lain – Terbuka India, Masters Indonesia dan terbaru Terbuka Jerman.

Gelaran terakhir yang dimenanginya di Terbuka Thailand 2021, pada Mei tahun lepas.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This