Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Khamis ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan MetMalaysia bagi Pahang, Johor dan Sabah mulai Khamis ini hingga Jumaat.
Di Pahang, ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beliau berkata bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This