Bank Rakyat jangka agih dividen kompetitif untuk 2019

Bank Rakyat jangka agih dividen kompetitif untuk 2019

KUALA LUMPUR,. Bank Rakyat menjangkakan pengagihan kadar dividen yang kompetitif bagi tempoh kewangan berakhir Disember 2019 berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan.

Dalam kenyataannya hari ini, Bank Rakyat yang merupakan agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan berkata prestasi keuntungan sebelum cukai dan zakat setakat 30 September meningkat empat peratus kepada RM1.29 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bank Rakyat turut menjelaskan langkah penutupan anak-anak syarikatnya adalah sejajar dengan komitmen bagi memberi keutamaan dan fokus hanya kepada perkhidmatan kewangan.

Menurutnya, kesemua pekerja Rakyat Holdings dan anak syarikatnya, Rakyat Travel, Rakyat Hartanah, Rakyat Asset Management, Rakyat Niaga dan Rakyat Facility Management telah diserap untuk berkhidmat di bank kerkenaan bermula 15 Disember mengikut kelayakan mereka.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This