Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,.Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang positif, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata kepada 1,517.61 daripada 1,513.11 pada Rabu.

Indeks barometer dibuka tinggi 0.08 mata kepada 1,513.19.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 163 manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,610 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 298.08 juta unit bernilai RM135.37 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities menjangka aktiviti dagangan akan perlahan berikutan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi, selain FBM KLCI akan mengukuh dalam julat 1,510-1,520.

“Peniaga dijangka memberi tumpuan kepada sektor teknologi berdasarkan ditutup kukuh di Amerika Syarikat.

“Sementara itu, sektor pengguna, syarikat telekomunikasi, REIT dan utiliti dijangka mencatatkan prestasi positif dan pelabur akan mendapat hasil dividen yang kukuh sebagai sebahagian daripada pertimbangan mereka dalam sektor ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB, masing-masing naik dua sen kepada RM9.31 dan RM10.84, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.40, CIMB meningkat empat sen kepada RM6.24, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.14 dan Hong Leong Bank merosot lapan sen kepada RM19.12.

Bagi saham aktif, Reneuco dan Widada, masing-masing naik setengah sen kepada 5.5 sen dan 11.5 sen, Privasia meningkat 1.5 sen kepada 12 sen, TWL tidak berubah pada empat sen dan Jiankun susut setengah sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 31.78 mata kepada 11,255.76, Indeks FBMT 100 meningkat 30.96 mata kepada 10,923.16, Indeks FBM 70 menambah 37.02 mata kepada 15,154.85, Indeks FBM Emas Shariah menokok 25.87 mata kepada 11,265.98 dan Indeks FBM ACE naik 11.45 mata kepada 4,733.05.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah meningkat 1.79 mata kepada 901.21, Indeks Perladangan menambah 14.66 mata kepada 7,181.94 dan Indeks Tenaga naik 4.02 mata kepada 876.98.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 39.25 mata kepada 16,987.32 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.41 mata kepada 172.15.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This