Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lazimnya mempengaruhi bursa tempatan itu ternyata lebih suram.

Pada 9.04 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.44 mata kepada 1,517.87 daripada 1,514.43.

Indeks penanda aras itu dibuka dengan meraih 0.35 mata kepada 1,514.78.

Sentimen pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 258 berbanding 96 manakala 231 kaunter lain tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 288.04 juta saham bernilai RM207.09 juta.

Indeks Perindustrian Dow Jones susut 0.3 peratus kepada 25,734,97 manakala S&P 500 meningkat 0.5 peratus kepada 3,115,86.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM7.53, Tenaga meningkat dua sen kepada RM11.52, Public Bank menokok lapan sen kepada RM16.60, Hartalega meraih 22 sen kepada RM15.00 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.25.

Bagi saham aktif, My E.G. Services untung enam sen kepada RM1.58, AT Systemazation naik setengah sen kepada 10.5 sen, WZ Satu menambah tiga sen kepada 24.5 sen manakala Velesto tidak berubah pada 15 sen dan Sapura Energy sebaliknya susut setengah sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 34.68 mata kepada 10,687.73, Indeks FBMT 100 naik 34.58 mata kepada 10,543.89 dan FBM 70 meningkat 85.77 mata kepada 13,156.82.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 49.44 mata kepada 12,243.99 manakala FBM ACE naik 31.39 mata kepada 6,430.54.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menokok 0.25 mata kepada 134.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.08 mata kepada 12,769.59 manakala Indeks Perladangan naik 8.92 mata kepada 6,761.32.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This