Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah dan kemudiannya meningkat selepas kenaikan di Wall Street, manakala minyak mentah merosot di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang memuncak walaupun kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangkakan berlaku, kata penganalisis.

Pada 9.13 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.38 mata kepada 1,558.79 daripada 1,557.41 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka rendah 3.15 mata kepada 1,554.26.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 305 berbanding 104, manakala 183 kaunter tidak berubah, 1,719 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 190.26 juta unit bernilai RM123.38 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Purata Perindustrian Dow Jones di Wall Street meraih hampir 600 mata, manakala Nasdaq melonjak 367 mata berikutan hasil AS untuk 10 tahun kekal melebihi paras 2.0 peratus kepada 2.15 peratus.

“Di peringkat tempatan, meskipun sentimen akan kekal berhati-hati, kami menjangkakan beberapa aktiviti belian semasa harga rendah akan berlaku, sekali gus menjangkakan indeks penanda aras berada dalam jajaran 1,550-1,570 hari ini,” katanya.

Sementara itu, minyak sawit mentah (MSM) meningkat semula melebihi RM7,000 satu tan, manakala minyak mentah Brent susut kepada sekitar AS$100 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok sembilan sen kepada RM8.76, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.50, Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM9.24, dan CIMB meraih tujuh sen kepada RM5.16.

IHH Healthcare tidak mencatatkan perubahan pada RM6.40, manakala Tenaga turun dua sen kepada RM9.00.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange naik 3.5 sen kepada 95.5 sen, Hibiscus Petroleum menambah empat sen kepada RM1.06 dan Widad menokok setengah sen kepada 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 33.16 mata kepada 11,010.69, Indeks FBM Emas Syariah menokok 55.89 mata kepada 11,596.71, FBM 70 naik 117.61 mata kepada 12,894.65, Indeks FBMT 100 meningkat 28.35 mata kepada 10,734.55,dan FBM ACE menokok 66.44 mata kepada 5,205.15.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian bertambah 1.19 mata kepada 197.38, Indeks Perladangan naik 36.70 mata kepada 7,941.28, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 29.72 mata kepada 16,282.83.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This