Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil sewaktu dibuka pada Jumaat dalam ketidaktentuan pasaran di tengah-tengah implikasi pendirian kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang agresif.

Menurut penganalisis, ini turut dipengaruhi oleh faktor lonjakan harga minyak akibat kekurangan bekalan susulan kebimbangan mengenai konflik Russia-Ukraine yang terus meruncing, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.35 mata kepada 1,591.22 daripada 1,590.88 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu naik 2.80 mata kepada 1.593.68.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 174 berbanding 124 manakala 190 kaunter lain tidak berubah, 2,321 lain tidak didagangkan dan 45 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 98.32 juta bernilai RM10.20 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, menjangkakan indeks utama itu bergerak dalam jajaran 1,580-1,600 hari ini berikutan ketidaktentuan pasaran yang masih ketara.

“Bagi minyak sawit mentah, aktiviti pengambilan untung menyebabkan harganya merosot kepada sekitar RM6,500 satu tan manakala minyak mentah Brent ditutup melepasi AS$106 setong berikutan kebimbangan mengenai bekalan terus meningkat,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.01, Public Bank susut dua sen kepada RM4.61, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM9.45, IHH Healthcare meraih 13 sen kepada RM6.52, CIMB susut tujuh sen kepada RM5.41 dan Tenaga menambah tiga sen kepada RM9.11.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange meraih setengah sen kepada 99.5 sen, Hibiscus Petroleum naik empat sen kepada RM1.14 dan Bumi Armada menokok satu sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 5.88 mata kepada 11,280.56, Indeks FBM Emas Syariah menokok 24.91 mata kepada 11,843.28, FBM 70 berkurangan 1.10 mata kepada 13,356.99, Indeks FBMT 100 menambah 1.64 mata kepada 10,992.27 dan FBM ACE naik 14.06 mata kepada 5,377.88.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.87 mata kepada 203.85, Indeks Perladangan meningkat 25.14 mata kepada 7,852.56 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 31.10 mata kepada 16,764.48.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This