Bursa Malaysia dibuka tinggi, naik 20.3 mata

Bursa Malaysia dibuka tinggi, naik 20.3 mata

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, dengan indeks komposit naik 1.464 peratus berikutan sentimen pasaran yang positif susulan prestasi lebih baik di Wall Street.

Pada jam 9.03 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.3 mata kepada 1,406.83 daripada 1,386.53 pada penutup semalam.

Indeks utama itu dibuka 9.02 mata lebih tinggi kepada 1,395.55.

Pasaran meluas kukuh dengan kaunter untung mengatasi rugi 364 berbanding 40, sementara 131 kaunter tidak berubah, 1,369 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada 365.06 juta saham bernilai RM114.71 juta.

Wall Street pulih dengan harapan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan dibuka semula selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan garis panduan untuk negeri dan pembukaan semula harus mengambil pendekatan bertahap. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This