COVID-19: 106 kes baharu dengan jumlah kumulatif 1,624, satu kes kematian

COVID-19: 106 kes baharu dengan jumlah kumulatif 1,624, satu kes kematian

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Terdapat 106 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,624 kes, manakala kematian akibat wabak itu kini 15 orang dengan satu kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling.

“Sebanyak 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai satu kes kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata pesakit itu mempunyai penyakit kencing manis serta darah tinggi, dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-703, semasa solat Jumaat.

“Beliau mempunyai gejala selama seminggu iaitu demam, batuk dan kesesakan nafas untuk tiga hari. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, 5.35 pagi,“ katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 24 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah dibenarkan

CATEGORIES
Share This