COVID: 31 kes positif direkod, terendah sejak PKP dilaksana – KP Kesihatan

COVID: 31 kes positif direkod, terendah sejak PKP dilaksana – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 28 April — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac, dengan 31 kes dilapor sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, jumlah kes harian terus menunjukkan trend penurunan dan kadang kala mendatar.

Beliau berkata pencapaian itu hasil daripada tindakan proaktif dan agresif kerajaan dalam aktiviti membendung penularan COVID-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP itu.

“Ini dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit COVID-19 di Malaysia, termasuk kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan di hospital.

“PKP ini juga membantu mengurangkan interaksi antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan COVID-19,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This