
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 Richter di Sumatera, gegaran dirasai di barat Semenanjung
KUALA LUMPUR,. Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi.
MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter memaklumkan gegaran tersebut turut dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Tiada ancaman tsunami,” menurut hantaran tersebut.
— BERNAMA