Insiden Terusan Suez: Mesir rampas Ever Given, tuntut ganti rugi AS$900 juta

Insiden Terusan Suez: Mesir rampas Ever Given, tuntut ganti rugi AS$900 juta

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir telah merampas kapal kargo Ever Given yang terkandas selama beberapa hari di Terusan Suez bulan lalu. Pemilik Ever Given, syarikat Shoei Kisen Kaisha dari Jepun juga diarah membayar pampasan sebanyak $900 juta (kira-kira RM3.7 bilion) akibat kejadian itu.

Tindakan itu diambil disebabkan kerugian besar dialami negara itu.

Tuntutan itu merangkumi yuran penyelenggaraan dan kos operasi penyelamatan, menurut agensi berita Mesir, Al Ahram. Dalam reaksi balas, Shoei Kisen Kaisha berkata syarikat insurans dan peguamnya sedang meneliti tuntutan pampasan dan enggan memberi komen lebih lanjut, lapor CNN.

The Ever Given berjaya diapungkan semula pada 29 Mac selepas terkandas hampir seminggu di terusan perdagangan itu.

Kapal itu telah menghalang laluan lebih 450 kapal lain untuk berulang alik di terusan tersebut. Terusan Suez hanya dibuka sepenuhnya pada 3 April. Ketua Penguasa Terusan Suez, Lt Jeneral Ossama Rabei dilaporkan berkata Mesir boleh menuntut pampasan sehingga AS$1 bilion untuk menampung kerugian kos transit dan juga kos kapal tunda yang digunakan untuk menarik kapal tersebut.
“Ini adalah hak negara; ia harus dibayar,” kata Rabei.

-Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )