Jangan takut beli barang buatan Malaysia – Chong

KUCHING,. Orang ramai perlu mengikis tanggapan bahawa barangan buatan Malaysia adalah kurang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, terdapat banyak produk tempatan yang berjaya melepasi pasaran antarabangsa setiap tahun, malah, industri pengeluaran menyumbang sekitar 28 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.

“Ini bertentangan tanggapan ramai yang minyak dan gas sebagai penyumbang besar kepada GDP negara,” katanya menambah bahawa industri berkenaan hanya menyumbang sekitar lapan peratus kepada GDP negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di sini, malam ini.

Chong berkata berdasarkan tinjauan didapati hanya 40 peratus rakyat tempatan memandang barangan keluaran dalam negara mempunyai standard walaupun 70 peratus dari mereka sedar mengenai kempen beli barangan buatan Malaysia.

“Ini menunjukkan sebanyak 60 peratus lagi masih berpandangan yang barangan buatan tempatan adalah sub standard kualitinya jika dibandingkan barangan import,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )