JENDELA: perkasa ekonomi digital Sabah, Sarawak – Annuar

JENDELA: perkasa ekonomi digital Sabah, Sarawak – Annuar

SARAWAK,. ,. Dalam kehidupan serba canggih, akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai satu keperluan penting masyarakat untuk terus kekal berhubung secara digital, lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda yang menyaksikan pendigitalan dipacu secara lebih meluas.

Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak akan mempunyai akses kepada kemudahan Internet meskipun tinggal jauh di pedalaman.

Sehubungan itu, sebagai langkah siap siaga negeri Sabah dan Sarawak beralih kepada teknologi 5G, kerajaan memperuntukkan RM7.7 bilion di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022) dengan negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion dan Sarawak RM4.09 bilion.

Peruntukan tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada ucapan perutusan sempena sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), September lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan bagi Sarawak adalah untuk membina kira-kira 749 menara telekomunikasi baharu di negeri tersebut.

Menurutnya, ia selaras dengan usaha kerajaan Sarawak yang memacu dan memantapkan lagi penggunaan ekonomi digital untuk rakyatnya.

“Melalui peruntukan ini juga sekali gus dapat meningkatkan pembinaan infrastruktur digital seperti pemancar telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan Program Kembara Connectivity di Kampung Mongkos, Sarawak baru-baru ini.

–RAHMAN.

CATEGORIES
TAGS
Share This