Johor umum penstrukturan semula 3 portfolio Exco

JOHOR BAHRU,. Kerajaan negeri Johor hari ini menngumumkan penyusunan dan penstrukturan semula portfolio Pengerusi Jawatankuasa Negeri Johor (Exco) negeri itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar Johor, penstukturan itu melibatkan tiga Exco dan berkuatkuasa serta merta (8 Januari).

Ia membabitkan Adun Parit Yani, Aminolhuda Hassan yang sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi dan kini memegang portfolio Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia.

Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar yang sebelum ini Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan akan memegang portfolio Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Manakala, Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali yang sebelum ini memegang Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kini akan memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi.

Kenyataan itu, memaklumkan penyusunan semula portfolio ini bertujuan memperkemas dan memantapkan bidang tugas Exco berkenaan.

Rombakan juga disifatkan sebagai keperluan semasa selari dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia juga telah mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )