Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.64 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.29 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion masing-masing untuk tempoh tujuh, 14 dan 21 hari, serta tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM5 bilion selama tujuh hingga 31 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Program Murabahah Komoditi (CMP) bernilai RM500 juta selama 63 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.6 bilion dan tender murabahah semalaman sebanyak RM15.3 bilion.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )