Kes baharu terus berkurang kepada 10,959 semalam – Dr Noor Hisham

Kes baharu terus berkurang kepada 10,959 semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah semalam terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes hari sebelumnya.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 2,209,194 kes,” katanya.

Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,723 diikuti Johor (1,226); Kelantan (983); Selangor (979); Pulau Pinang (793); Sabah (751); Pahang (739) dan Perak (713).

Terengganu pula merekodkan 691 kes disusuli Kedah (660); Melaka (346); Kuala Lumpur (176); Negeri Sembilan (110); Perlis (51) dan Putrajaya (18) manakala tiada kes baharu di Labuan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 68 peratus daripada 1,543 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 59 peratus daripada 16,677 katil.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This