Kontrak hadapan KLCI dibuka tinggi pada dagangan awal

Kontrak hadapan KLCI dibuka tinggi pada dagangan awal

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka lebih tinggi hari ini, menjejaki asas pasaran tunai yang semakin kukuh.

Pada 9.20 pagi, bulan semerta Oktober 2019 naik 3.5 mata kepada 1.588.00, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,589.00 dan 1,591.00, manakala Mac 2020 tidak berubah pada 1,586.00

Jumlah dagangan sebanyak 1,013 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 27,987 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI menokok 2.33 mata kepada 1,586.21 selepas 20 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This