Pengamal perubatan Islam ditahan disyaki cabul jurujual wanita

Pengamal perubatan Islam ditahan disyaki cabul jurujual wanita

KUALA BERANG,. Polis menahan seorang pengamal perubatan Islam petang semalam di rumahnya di sini selepas disyaki mencabul seorang jurujual wanita ketika menjalankan rawatan.

Ketua Polis Hulu Terengganu Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata suspek berusia 52 tahun, yang pada mulanya mendakwa bertugas di sebuah pusat rawatan Islam, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu pada 22 dan 24 Nov lepas apabila mangsa mendapatkan rawatan di rumahnya.

“Perbuatan suspek terbongkar apabila mangsa yang berusia 30 tahun telah ke pusat perubatan tersebut dan bertanya mengenai suspek sebelum dimaklumkan bahawa suspek sebenarnya telah digantung tugas.

“Mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Berang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )