Petrol RON97 naik 13 sen, RON95 dan diesel kekal

Petrol RON97 naik 13 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR,. Harga runcit produk petrol RON97 naik 13 sen kepada RM2.70 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 16-22 Nov.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 16 hingga 22 Nov adalah berjumlah RM120.58 juta.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This