Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Khamis berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1870/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1855 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut peniaga, kekurangan pemangkin pasaran selain prestasi dolar AS yang mengukuh susulan peningkatan hasil Perbendaharaan negara maju itu, hanya mengheret turun prestasi ringgit dalam sesi awal hari ini.

“Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent yang meningkat dapat mengekang penurunan ringgit,” katanya.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0777 daripada 3.0821/0844 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6277/6304 daripada 5.6579/6613, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.8586/8609 daripada 4.8799/8828 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7417/7435 daripada 3.7586/7609.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This