Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit menyusut daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan kebimbangan berterusan terhadap penularan COVID-19 mendorong pelabur beralih daripada aset berisiko, kata peniaga.

Pada 9.25 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2350 ketika ditutup pada Rabu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam tadi mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai pandemik memandangkan virus itu pantas merebak ke seluruh dunia dengan jumlah kes meningkat kepada 121,000 orang setakat malam tadi.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0400/0444 daripada 3.0425/0468 ketika ditutup semalam, namun turun berbanding yen kepada 4.0786/0846 daripada 4.0263/0322.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.4523/4600 daripada 5.4812/4894 semalam tetapi rendah berbanding euro kepada 4.7956/8017 daripada 4.7812/7877. — BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This