Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Urus niaga ringgit bangkit semua daripada kerugian minggu lepas untuk dibuka lebih tinggi pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh minat diperbaharui dalam kalangan pelabur untuk mata wang baharu muncul, termasuk unit tempatan, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2540/2580 berbanding dolar AS daripada 4.2620/2660 ketika ditutup pada pukul 6 petang Jumaat lepas.

Kenanga Research dalam notanya berkata mata wang tempatan meneruskan momentum rancak minggu lepas, mengukuh berbanding dolar AS, dipacu oleh keyakinan terhadap vaksin COVID-19 dan sentimen ekonomi tempatan yang positif.

“Bagaimanapun, momentum itu sebahagiannya terjejas oleh memuncaknya ketegangan antara Amerika Syarikat dan China,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0799/0833 daripada 3.0764/0797 minggu lepas dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0204/0253 daripada 4.0068/0117 pada Jumaat.

Unit tempatan turut jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4519/4588 daripada 5.4268/4336 dan lemah berbanding euro kepada 4.9712/9776 daripada 4.9426/9481 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )