SHARP perkenal barangan elektronik Solusi Dan Ekosistem ‘Remote Life’ Baharu Sharp

SHARP perkenal barangan elektronik Solusi Dan Ekosistem ‘Remote Life’ Baharu Sharp

SUBANG JAYA,. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia dilihat memberi impak yang besar pada dunia sama ada dari segi ekonomi ataupun rutian harian masya-rakat sekeliling. Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) melihat peluang besar untuk teknologi dan penyelesaiannya membantu proses pemulihan negara melalui pelancaran barangan elektronik Solusi Dan Ekosistem ‘Remote Life’ Baharu Sharp.

Berkembang seiring de-ngan keperluan masa kini, SHARP bertekad untuk membantu para pengguna, dalam perniagaan, bilik darjah dan isi rumah, dalam menyesuaikan diri dengan ‘normal baharu’ menerusi ekosistem penyelesaian, yang diperkenalkan buat pertama kali di Konvensyen Pengedar Maya SHARP baru-baru ini.

Pegawai Urusan Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan ASEAN dan Pengerusi Sharp, Robert Wu berkata, SHARP terus menjadi pembekal penyele-saian inovatif terulung dengan legasi di Malaysia yang menjangkau tempoh 35 tahun.

“Kami sentiasa menghasilkan inovasi penyelesaian untuk membantu pengguna menghadapi cabaran masa kini. Beberapa bulan kebelakangan ini, seluruh dunia didorong mempertingkatkan penggunaan penyelesaian digital lebih pantas berban-ding sebelumnya.”

“Mengambil kira kepen-tingan komunikasi dan ke-selamatan pengguna dalam ‘normal baru’, pengenalan konsep ‘Remote Life’ SHARP tahun ini tepat pada masanya bagi mewujudkan pejabat dan bilik darjah lebih pintar dan saling berhubung,”

SHARP melancarkan konsep ‘Remote Life’ baharunya sebagai tarikan utama konvensyen maya, dengan memberi tumpuan kepada kelancaran komunikasi dan keselamatan pengguna. Konsep ini merangkumi tiga penyelesaian untuk tiga bidang utama iaitu, ‘Remote Meeting’ atau mesyuarat secara maya untuk perniagaan, ‘Remote Education System’ SHARP atau sistem pendidikan secara maya untuk bilik darjah dan ‘Remote Lifestyle’ atau gaya hidup secara maya agar pengguna atau isi rumah mampu terus berurusan dengan berkesan dan selamat dalam normal baharu ini.

Dalam usaha menyokong pemulihan perniagaan dalam rangkaian pengedar, SHARP juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan platform e-dagang baharu, eSHARP, di konvensyen mayanya.

Jelas Wu, SHARP mengembangkan eSHARP bagi membantu pengedar mendapatkan pulangan semula.

“Dalam soal keselamatan dan kesihatan, kami memahami para pelanggan kami inginkan saluran yang lebih baik untuk mendapatkan produk SHARP kegemaran mereka. Platform eSHARP kami mewakili konsep perniagaan runcit ‘aras kedua’ yang membolehkan para pelanggan membuat pembelian secara mudah.”

“Pada masa yang sama, ia mengukuhkan kedudukan rangkaian pengedar sah kami serta menyokong perniagaan mereka. Proses pembelian pelanggan dijamin selamat tanpa ragu-ragu mengenai ketulenan produk SHARP daripada pengedar sah kami.”

“Strategi perniagaan baharu ini akan membantu pengedar kami memperolehi pendapatan dalam talian dan meningkatkan interaksi bersama pelanggan,” katanya.

Memandangkan suasana ekonomi sosial semasa, SHARP memahami para pengguna mementingkan harga yang bersesuaian dengan kemampuan di samping memperolehi penyelesaian berkualiti.

Sehubungan itu, melalui konvensyen mayanya, penyelesaian elektronik ini telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan rangkaian produk baharu termasuk rangkaian TV BIG AQUOS dan peralatan rumah pada tahun ini.

Tekad untuk memper-luaskan pasarannya, SHARP juga telah mengumumkan kerjasama dengan BACFREE® bagi memperkenalkan produk air. Kerjasama ini akan melengkapkan Penyelesaian ‘Air of Confidence’ SHARP yang terdiri daripada rangkaian Pembersih Udara, Penyaman Udara dan Penyejuk Udara yang dilengkapi teknologi Plasmacluster.

CATEGORIES
TAGS
Share This